RSS

Friday, December 18, 2009

Wacana Ilmuan: Menelusuri Perjuangan Zainab Al-Ghazali


Salam Ukhwah Fillah….

Alhamdulillah, dengan kejasama yang tidak terhingga dari semua AJK Nisa’WM, satu program yang boleh dikatakan julung-julung kali telah dianjurkan oleh Nisa’WM pada hujung minggu lepas. Kenapa julung-julung kali??? Sebenarnya tidak dinafikan memang Nisa’WM banyak menganjurkan program-program terutamanya kepada remaja sekitar Wangsa Maju ni, tapi dalam menganjurkan program yang berbentuk ilmiah semacam ini, rasanya inilah yang pertama. Walaupun sebelum ini kami telah merancang untuk mengadakan Talkshow Nisa’ peringkat Wangsa Maju tapi dengan izin Allah program inilah yang pertama…

Program ini sebenarnya adalah dari cetusan idea Ustaz Riduan ketika Usrah Gabungan Nisa’ Wilayah. Beliau mencadangkan supaya Nisa’ menganjurkan program-program berbentuk ilmiah dalam usaha memperingati tokoh-tokoh dalam perjuangan. Bertolak dari situ, di suatu pagi sambil menikmati juadah breakfast selepas membantu DPPWM menghias tempat untuk Ihtifal PASTI peringkat Wilayah dan sementara menunggu program ziarah penerima bantuan raya yang lepas, maka kami sempat membuat keputusan untuk menganjurkan program ini. AJK program dan budget telah dibentuk dan difikirkan dalam masa yang singkat itu. Dan setelah mendapat restu dari ibu kami, maka usaha telah digembelingkan dalam merealisasikan hasrat ini…

Maka pada 13 Disember 2009 bertempat di Pejabat PASTI Pusat, Batu Caves satu wacana yang disertai oleh semuanya muslimat telah berjaya dianjurkan, Alhamdulillah. Melalui program ini banyak input yang kami dapat dalam meneruskan perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini. InsyaAllah, didoakan moga perjuangan di kalangan muslimat tidak kecundang di tengah jalan, Wanauzubillah. Seperti yang diketahui setiap perjuangan akan dihalangi dengan pebagai onak dan duri. Maka ianya memerlukan pengorbanan yang banyak dari kita. Teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Yusainee dalam slotnya semasa tamrin DMPWP bahawa pengorbanan itu adalah terkorban. Setiap kali pengorbanan dibuat, pasti ada sesuatu yang terkorban. Dan kita sebagai pejuang perlu bersedia untuk terkorban samada terkorban masa, harta, perasaan hatta nyawa sekalipun. Hayatilah pepatah perjuangan ini ‘Jangan bercakap pasal perjuangan andai takut untuk terkorban’…

Kembali kepada perjuangan Zainab Al-Ghazali. Beliau yang dikenali sebagai Ibu Mujahidah perlu dicontohi oleh semua muslimat pejuang dan tidak terkecuali kepada muslimin. Keberanian, kecekalan dan keiltizaman beliau dalam mengahadapi serangan dan seksaan dari pemerintah yang zalim amat perlu diteladani oleh kita semua. Moga kita semua dikurniakan kekuatan dalam menghayati ketokohannya seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan perjuangan ini…

InsyaAllah, jika diizin oleh Allah, kami berhasrat untuk mengadakan semula wacana ini secara besar-besaran. Ianya akan terbuka kepada semua muslimin dan muslimat dimana kemungkinan sasaran adalah melebihi 500 orang. Diharap ianya mendapat sambutan dari semua. Dan diharap Nisa’ Wilayah akan menyahut cabaran ini dalam usaha kita mengenali tokoh-tokoh yang kadang-kadang kita lupakan.

About This Blog

"ilahi anta maqsudi waridhaka mathlubi"
Ya Ilahi, Engkaulah tempat matlamat dan tujuanku, dan hanya keredhaanMulah yang sentiasa menjadi cita-citaku