MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa di cabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, dan tidak akan berubah
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut.
Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
Kapas Putih yang secukupnya
Muatan lain yang di pertimbangkan: Amal soleh, sedekah jariah, anak soleh yang mendoakan ibu bapanya dan ilmu yang manfaat
PERHATIAN
Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.
SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.
DIULANG
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi; Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "
SEKIAN, SELAMAT BERLEPAS
Saidina Ali bin Abi Talib kwjh pernah berkata, Sesungguhnya hati itu boleh menjadi bosan seperti badan. Oleh itu ia (hati) boleh menjadi buta, Rehatkanlah hatimu sekadar sedikit. Kerana hati apabila tidak suka (tidak gembira) akan menjadi buta.
Maksudanya hati menjadi kusut, runsing, emosional. Akan berputiklah perasaan yang buruk seperti mudah menyalahkan orang lain, jemu berbuat baik dan hilang sifat hemah seperti pemaaf, sabar dan berlapang dada.
Ilmu itu pembuka segala amal dan syaitan itu musuh kita yg paling nyata.
Wednesday, May 6, 2009
About This Blog
"ilahi anta maqsudi waridhaka mathlubi"
Ya Ilahi, Engkaulah tempat matlamat dan tujuanku, dan hanya keredhaanMulah yang sentiasa menjadi cita-citaku
0 comments:
Post a Comment