RSS

Tuesday, August 11, 2009

PadaMu kuserahkan hidup ini...

BismillahiRahmanirRahim
Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan ilmuMu pilihan yang tepat,
aku memohon kekuatan kepadaMu dengan keMahakuasaanMu,
aku memohon kurnianMu yang besar.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa.
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui,
dan hanya Engkaulah Maha Mengetahui Perkara Ghaib.

Ya Allah,
Apabila Engkau Mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku, bagi agamaku,
bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku di dunia mahupun di akhirat,
maka tetapkanlah ia dan mudahkanlah.
dan sekiranya Engkau Mengetahui bahawa perkara ini buruk bagiku, bagi agamaku,
bagi hidupku dan buruk akibatnya terhadap diriku di dunia mahupun akhirat,
maka jauhkanlah perkara ini dariku dan jauhkan diriku darinya.

Ya Allah,
Tetapkanlah kebaikan untukku di manapun aku berada,
dan jadikanlah diriku redha menerimanya.
Padamulah aku menyerahkan diriku yang serba lemah ini…

0 comments:

About This Blog

"ilahi anta maqsudi waridhaka mathlubi"
Ya Ilahi, Engkaulah tempat matlamat dan tujuanku, dan hanya keredhaanMulah yang sentiasa menjadi cita-citaku