Friday, December 18, 2009
Wacana Ilmuan: Menelusuri Perjuangan Zainab Al-Ghazali
Salam Ukhwah Fillah….
Alhamdulillah, dengan kejasama yang tidak terhingga dari semua AJK Nisa’WM, satu program yang boleh dikatakan julung-julung kali telah dianjurkan oleh Nisa’WM pada hujung minggu lepas. Kenapa julung-julung kali??? Sebenarnya tidak dinafikan memang Nisa’WM banyak menganjurkan program-program terutamanya kepada remaja sekitar Wangsa Maju ni, tapi dalam menganjurkan program yang berbentuk ilmiah semacam ini, rasanya inilah yang pertama. Walaupun sebelum ini kami telah merancang untuk mengadakan Talkshow Nisa’ peringkat Wangsa Maju tapi dengan izin Allah program inilah yang pertama…
Program ini sebenarnya adalah dari cetusan idea Ustaz Riduan ketika Usrah Gabungan Nisa’ Wilayah. Beliau mencadangkan supaya Nisa’ menganjurkan program-program berbentuk ilmiah dalam usaha memperingati tokoh-tokoh dalam perjuangan. Bertolak dari situ, di suatu pagi sambil menikmati juadah breakfast selepas membantu DPPWM menghias tempat untuk Ihtifal PASTI peringkat Wilayah dan sementara menunggu program ziarah penerima bantuan raya yang lepas, maka kami sempat membuat keputusan untuk menganjurkan program ini. AJK program dan budget telah dibentuk dan difikirkan dalam masa yang singkat itu. Dan setelah mendapat restu dari ibu kami, maka usaha telah digembelingkan dalam merealisasikan hasrat ini…
Maka pada 13 Disember 2009 bertempat di Pejabat PASTI Pusat, Batu Caves satu wacana yang disertai oleh semuanya muslimat telah berjaya dianjurkan, Alhamdulillah. Melalui program ini banyak input yang kami dapat dalam meneruskan perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini. InsyaAllah, didoakan moga perjuangan di kalangan muslimat tidak kecundang di tengah jalan, Wanauzubillah. Seperti yang diketahui setiap perjuangan akan dihalangi dengan pebagai onak dan duri. Maka ianya memerlukan pengorbanan yang banyak dari kita. Teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Yusainee dalam slotnya semasa tamrin DMPWP bahawa pengorbanan itu adalah terkorban. Setiap kali pengorbanan dibuat, pasti ada sesuatu yang terkorban. Dan kita sebagai pejuang perlu bersedia untuk terkorban samada terkorban masa, harta, perasaan hatta nyawa sekalipun. Hayatilah pepatah perjuangan ini ‘Jangan bercakap pasal perjuangan andai takut untuk terkorban’…
Kembali kepada perjuangan Zainab Al-Ghazali. Beliau yang dikenali sebagai Ibu Mujahidah perlu dicontohi oleh semua muslimat pejuang dan tidak terkecuali kepada muslimin. Keberanian, kecekalan dan keiltizaman beliau dalam mengahadapi serangan dan seksaan dari pemerintah yang zalim amat perlu diteladani oleh kita semua. Moga kita semua dikurniakan kekuatan dalam menghayati ketokohannya seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan perjuangan ini…
InsyaAllah, jika diizin oleh Allah, kami berhasrat untuk mengadakan semula wacana ini secara besar-besaran. Ianya akan terbuka kepada semua muslimin dan muslimat dimana kemungkinan sasaran adalah melebihi 500 orang. Diharap ianya mendapat sambutan dari semua. Dan diharap Nisa’ Wilayah akan menyahut cabaran ini dalam usaha kita mengenali tokoh-tokoh yang kadang-kadang kita lupakan.
Labels:
majlis ilmu,
nisa'
Tuesday, August 11, 2009
PadaMu kuserahkan hidup ini...
BismillahiRahmanirRahim
Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan ilmuMu pilihan yang tepat,
aku memohon kekuatan kepadaMu dengan keMahakuasaanMu,
aku memohon kurnianMu yang besar.
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa.
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui,
dan hanya Engkaulah Maha Mengetahui Perkara Ghaib.
Ya Allah,
Apabila Engkau Mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku, bagi agamaku,
bagi hidupku dan baik akibatnya bagi diriku di dunia mahupun di akhirat,
maka tetapkanlah ia dan mudahkanlah.
dan sekiranya Engkau Mengetahui bahawa perkara ini buruk bagiku, bagi agamaku,
bagi hidupku dan buruk akibatnya terhadap diriku di dunia mahupun akhirat,
maka jauhkanlah perkara ini dariku dan jauhkan diriku darinya.
Ya Allah,
Tetapkanlah kebaikan untukku di manapun aku berada,
dan jadikanlah diriku redha menerimanya.
Padamulah aku menyerahkan diriku yang serba lemah ini…

tazkiyatu nafs
Pesta Ibadah kembali
p/s: terima kasih kpd designer poster ini...mg Allah menganjari dengan setimpalnya...mohon publish di blog ini...(hehehe dah publish pun)
Labels:
tazkiyatu nafs
Thursday, August 6, 2009
Tuesday, July 28, 2009
Kehadiranmu dinanti pemergianmu ditangisi
Pejam celik pejam celik hari ni dah hari kelima bulan Syaaban…Cepatnya masa berlalu…Ramadhan bakal menemui kita lagi…bagi orang-orang yang beriman masa inilah yang ditunggu-tunggu….pelbagai persiapan awal dilakukan bagi menyambut Ramadhan yang mulia….bagi pendakwah-pendakwah islam yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu islam kepada masyarakat, rata-rata mereka sudah mula bercakap-cakap tentang kedatangan tetamu yang agung ini….ohhh sungguh mulianya bulan yang penuh keberkatan ini….tidak kurang pihak masjid mahupun jemaah islam sudah mula merancang program-program yang akan dilaksanakan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan Ihya’ Ramadhan itu sendiri…semuanya adalah untuk mengajak umat islam untuk merasai aura kedatangannya dan sama-sama mengambil keberkatan yang ada di dalamnya nanti….semoga usaha-usaha ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal kebajikan yang baik disisiNya…..
Ya Ramadhan pasti hadir….namun persoalannya adakah kita masih diberi peluang untuk berjumpa dengan tetamu agung ini …adakah kita masih terpilih untuk menjadi salah seorang dari pelajar madrasah ramadhan…dan kalaupun diberi peluang untuk berada di dalamnya, mampukah kita ‘gred’ dengan cemerlang setelah sebulan menerima tarbiyyah ramadhan…terasa diri amat kerdil dan lemah bila teringatkan amalan-amalanku yang pasti banyak kecacatannya….namun aku ingin menjadi hambaMu yang solehah dan bertaqwa…bantulah aku ya Allah untuk aku merasai kemanisan beribadah kepadaMu…bantulah aku Ya Allah untuk aku merasai kenikmatan menyintaiMu…limpahkanlah rasa cintaku kepadaMu Ya Allah…walaupun kerap kali aku meninggalakn dan melupaiMu namun Engkau masih menyayangi diri ini…sungguh banyak dosa-dosaku ini Ya Allah…dan sungguh kurang rasa syukurku kepadaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…Ya Allah, bantulah aku yang amat lemah ini…..
Akhirnya marilah sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk sampai kepada ramadhan kali ini dan mendapat tarbiyyah ramadhan sehingga kita menjadi salah seorang dari hambaNya yang bertaqwa….
“Ya Allah, berikanlah keberkataan kepada kami bagi bulan Syaaban ini dan sampaikan kami kepada Ramadhan…”

Tuesday, July 14, 2009
Talkshow nisa' kembali....
Assalamu'alaikum dan salam ukhwah fillah...
Kepada semua sahabat yang dirahmati Allah semua, jemput hadir ke program Nisa' Wilayah...seperti biasa talkshow ini akan diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC bermula 2 petang...Moga kita diberi peluang untuk menimba ilmuNya yang maha luas dan diberi kefahaman tentangnya... jangan lepaskan peluang keemasan ini...
Rasulullah bersabda:"Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan untuknya. (HR Abu Daud)

nisa',
program
Thursday, July 9, 2009
NUKILAN BUAT SAHABAT
Sahabat,
Dalam usia yang semakin menjengok diri
Terkenangku kisah suka duka
Menghiasi perjuangan yang tiada bertepi ini
Kita sama-sama merasai pahit manis itu
Demi membawa risalah dakwah mulia ini
Kita sama-sama harungi mehnah dan trabulasi perjuangan
Ada masa kita gembira dan bahagia
Ada masa kita sedih dan kecewa
Ada masa kita marah dan sakit hati
Ada masa kita hilang kekuatan dan tiada upaya lagi
Semua itu kita rasai….
Tapi percayalah wahai sahabatku
Perasaan itu semua akan mematangkan kita dalam perjuangan ini
Perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah
Tiada yang indah dalam perjuangan ini
Janji Allah perjuangan pasti diuji
Bagi menapis pejuang-pejuangNya yang betul-betul ikhlas
Ketahuilah sahabatku
Perjuangan itu indah bila ianya kerana Allah…..
Sahabat,
Dalam mengharungi liku dan ranjau ini,
Marilah kita persiapkan diri kita dengan 1001 persiapan
Tanpanya kita tidak akan mampu bertahan dalam badai yang memukul
Tsunami pasti menghempas
Hanya mereka yang bersedia mampu menghadapinya
Serahnya segalanya kepadaNya
Sesungguhnya kita tiada kekuatan
Sahabat,
Perjuangan ini sungguh suci
Perjuangan ini bukan tempat mencari nama
Perjuangan ini bukan wasilah meraih pangkat
Perjuangan ini bukan jalan mendapat harta melimpah
Namun perjuangan ini adalah untuk mencari restunya
Perjuangan ini hanya tulus untukNya
Hanya redha dan kasihNya yang kita cari….
Semoga keikhlasan kita akan dilihat oleh Allah
Dan memelihara kita dari sifat riya’ dan sum’ah
Masukkanlah kami di kalangan hambaMu yang bertaqwa
Redhailah kami, berkatilah kami Ya Allah
Dan tetapkanlah kami di dalam medanMu ini….
Amen….

coretan
Tuesday, July 7, 2009
Assalamu’alaikum dan salam ukhwah fillah…
Setelah beberapa bulan tidak menulis dek ‘terlalu’ sibuk melayan kehidupan yang penuh tanggungjawab dan amanah ini, ku kuatkan juga semangat ini untuk menghasilkan sesuatu pada kali ini…sepanjang masa yang telah berlalu, segala rindu dan desakan unuk meluahkan dan mengasah minda dalam bidang ini terpaksa diabaikan…mungkin diri ini tidak cukup kuat dan amat lemah untuk menolak dan menangkis segala halangan yang datang…terasa amat kerdil diri ini… Ya Allah Ya Qawi, bantulah hambaMu yang lemah ini…
Dalam menyelusuri hidup ini terasa baru semalam tahun baru menjelang….namun hakikatnya sekarang sudah memasuki beberapa hari dalam fasa terakhir bagi separuh tahun 2009…dunia menyaksikan banyak cerita dan kisah yang terjadi…ada suka ada duka…itulah kehidupan…kita sebagai manusia perlu mengambil iktibar di atas apa yang berlaku…jika apa yang berlaku adalah kegembiraan dan kebahagian, perkara yang pertama yang perlu dilakukan adalah panjat kesyukuran kepadaNya di atas nikmat yang dikurniakan…namun jika derita dan kesedihan yang telah ditakdirkan, kesabaran itu adalah buah yang amat indah…maka sabar dan redhalah hati…sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam mengatur hidup hamba-hambaNya….
Namun, aku amat menginsafi diri ini…kadang-kadang kumerasakan lemahnya imanku untuk mengharungi badai yang menghempas…mungkin dosa-dosaku begitu banyak sehingga membuatkan diri ini amat lemah…Ya Allah Ya Ghafur, ampunkan dosa-dosa yang telah kulakukan..samada kusedari mahupun tidak Ya Allah…sucikanlah hati aku yang kotor ini dengan NurMu…janganlah Engkau gelapkannya dengan maksiat dan dosa yang kulakukannya sehingga aku tidak dapat merasai cintaMu Ya Allah…Ya Allah aku amat mendambakan cintaMu…bantulah aku Ya Allah dalam mencari cintaMu yang Maha Agung…Sesungguhnya aku amat yakin cintaMu tiada kekecewaan…dekatkan diri ini dengan cintaMu sebelum aku menyerah cintaku kepada makhlukmu…biarlah nanti cintaku kepada makhlukMu adalah kerana kecintaanku kepadaMu Ya Allah…tapi semua itu tiada kudrat dalam diri ini tanpa pertolongan dariMu…aku amat-amat memerlukanMu Ya Allah…bantulah aku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim untuk mencintaiMu lebih dari segalanya…aku ingin menjadi hambamu yang solehah…….
Dalam melihat segala dugaan yang ditakdirkan, rendahlah diri ini bemuhasabah bila mengenang sebenarnya dugaan itu adalah milikNya jua…sesungguhnya Allah akan menguji semua hambaNya dengan ujianNya yang tersendiri…tiada seorang pun terlepas dengan ujianNya…tipulah kalau ada orang mengatakan dia tidak pernah diuji….sebenarnya itu juga salah satu ujian….tapi kita hanya melihat ujian itu apabila ianya merupakan musibah….apapun ujian yang diterima samada musibah mahupun nikmat, kembalilah kita kepadaNya yang Maha Kuasa…didiklah hati untuk selalu mengingatNya dalam apa jua keadaan kita…Ya Allah, hambaMu ini amat dhoif Ya Allah…aku selalu melupaimu Ya Allah dalam kehidupan harianku…janganlah Engkau tinggalkan aku Ya Allah…dekatkan hatiku denganMu selalu Ya Allah…dorongkanlah hatiku dan anggota yang Engkau anugerahi ini untuk selalu mengingatiMu Ya Allah….bantulah aku Ya Allah….bantulah aku supaya aku selalu berzikir mengingatiMu Ya Rahman Ya Rahim…jauhilah aku dari prasangka negatif….janganlah Ya Allah Engkau biarkan maksiat yang aku lakukan menjadi sebab aku melupaiMu Ya Allah…Ya Allah aku takut…Ya Allah jadikanlah ujianMu itu salah satu tarbiyyah untuk aku lebih mendekatiMu….Ya Allah Ya Latif, lembutkan hati ini supaya ianya basah mengingatiMu…jadikanlah aku seperti firmanMu:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram
[Ar-Ra’d 13:28]
(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka”.
[Ali Imran 02:191]
aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan kutahu tiap yang terbaik untukku
tidak semuanya yang kumahu.........
dan kutahu disegenap ruang rasaku
telah Kau titipkan kekuatan........
bantulah daku mencari cintaMu yang Maha Qudus
kuakui banyak sungguh kelemahan diri
kuinsafi kekurangan ini
kukesali kejahilan ini
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
terimalah taubatku ini
bantulah aku mencari redhaMu Ya Allah

Wednesday, May 6, 2009
Tarbiyyah Dari Allah SWT
Assalamu'alaikum...
Untuk tatapan semua..antara artikel yang baik bagi para pejuang dalam meneruskan perjuangan yg penuh mehnah dan trabulasi, selain memuhasabah diri kita sebagai hamba Allah.....
terima kasih ustaz
Tarbiyyah Dari Allah SWT
Wednesday, April 15, 2009
Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.
Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!
Tarbiyah Allah swt memerlukan penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih akrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara rahsia sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyahkan Rasulullah saw menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya.
Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati.
Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan orang yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya. Di sinilah letaknya hikmatnya Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup.. Fitrah manusia, ketika bergembira amat jarang hatinya mengingati Allah swt. Hati yang banyak bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatlah rugi orang yg hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sdg dunia itu bersifat FANA.
Tikamana diri kita diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNYA. Itu tandanya diri kita dalam pemerhatianNYA. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi benteng kita daripada godaan syaitan dan nafsu kita yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikan kita. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan diri kita. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah swt. Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNYA. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk kita mendekatkan diri kita pada ALLAH swt. Sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda hasil daripada apa yang dilakukannya.. Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNYA dan AgungNYA Allah swt.. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan diri kita, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu”.
Andai diri kita di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hati kita dan bersangka baiklah pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan… Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kita lapangkan dada kita dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran bersangka baiknya kita pada ALLAH sw.t. Mulakanlah hari kita dengan senyuman dengan lidah kita sentiasa bertahmid memuji Allah swt, dan hati kita sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa..
Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hati yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redha dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.
Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNYA lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah swt pada kita agar hati kita sentiasa bertaut rindu dengan namaNYA. Usah mengeluh pada RahmatNYA, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidup kita.. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpa kita. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikitpun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupan kita sepenuhnya pada Allah swt setelah kita iringi dengan usaha. Pasti suatu hari nanti, diri kita akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNYA.. dan barulah kita mengetahui itulah yang terbaik untuk diri kita. .. SubhanALLAH walHamdulillah..
Posted by YUSSAINE YAHYA at 1:08 PM
link : http://jihadtegakislam.blogspot.com/2009/04/tarbiyyah-dari-allah-swt.html

TIKET PERLANCONGAN PERCUMA
MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa di cabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, dan tidak akan berubah
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut.
Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
Kapas Putih yang secukupnya
Muatan lain yang di pertimbangkan: Amal soleh, sedekah jariah, anak soleh yang mendoakan ibu bapanya dan ilmu yang manfaat
PERHATIAN
Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.
SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.
DIULANG
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi; Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "
SEKIAN, SELAMAT BERLEPAS
Saidina Ali bin Abi Talib kwjh pernah berkata, Sesungguhnya hati itu boleh menjadi bosan seperti badan. Oleh itu ia (hati) boleh menjadi buta, Rehatkanlah hatimu sekadar sedikit. Kerana hati apabila tidak suka (tidak gembira) akan menjadi buta.
Maksudanya hati menjadi kusut, runsing, emosional. Akan berputiklah perasaan yang buruk seperti mudah menyalahkan orang lain, jemu berbuat baik dan hilang sifat hemah seperti pemaaf, sabar dan berlapang dada.
Ilmu itu pembuka segala amal dan syaitan itu musuh kita yg paling nyata.

WASIAT AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA
Apabila mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun .
Bacalah Al-Quran @ tatapilah ilmu @ pergilah mendengar perkara yang baik @ berzikir .Jangan sama sekali membuang masa dalam, perkara sia-sia
Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar Islam
Janganlah banyak berdebat dalam perkara sekakipun kerana pertengkaran kosongtidak mendatangkan sebarang kebaikan
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu tenang lagi tenteram
Jangan sekali-kali bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara
Jauhi dari mengumpat peribadi orang ,mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan
Berkenalanlah dengan setiap rakan yang anda temui seka;lipun anda tidak diminta untuk berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang & berkenalan
Kewajipan lebih banyak dari waktu oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan

About This Blog
"ilahi anta maqsudi waridhaka mathlubi"
Ya Ilahi, Engkaulah tempat matlamat dan tujuanku, dan hanya keredhaanMulah yang sentiasa menjadi cita-citaku