Monday, September 1, 2008
Saturday, August 30, 2008
Program Nisa' sempena Simfoni Merdeka, Masjid As-Syakirin, KLCC
Nisa' Indoor Games
Saturday, August 23, 2008
Kursus Smart Solat vs SPA Test
Alhamdulillah syukur padaNya petang tadi saya telah selesai program Kursus Smart Solat (KSS) anjuran DMPWM dengan kerjasama Surau Nurul Muttaqin untuk remaja lelaki dan perempuan...program ini saya anggap telah berjaya walaupun sebenarnya banyak kelemahan dan kepincangan yang berlaku dan perlu diperbaiki di masa-masa akan datang...ucapan ribuan terima kasih kepada semua kakak-kakak DMPWM di atas kesudian menghadirkan diri dalam program tadi yang saya percaya dan yakin sebenarnya terlalu banyak kerja-kerja yang perlu di'settle'kan sementelaah hari ni hari minggu...sesungguhnya kehadiran kakak-kakak semua sedikit sebanyak datang membantu untuk melicinkan perjalanan program...dan kepada sahabat-sahabat Nisa' WM, terima kasih kerana sanggup berpenat lelah untuk menjadi fasi...tanpa kalian, mungkin program ini tak mampu untuk diadakan...korang semua memang best...saya begitu terharu dan bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti kalian dalam menjalankan kerja-kerja jemaah ini...sesungguhnya tanpa kalian semua, mungkin nisa' WM akan berkubur tanpa batu nisa'...ketahuila korangla antara penggerak generasi muda di sini sebenarnya...teringat program explorace kita bersama adik-adik PPR...walaupun banyak halangan dan dugaan terpaksa kita tempuhi, tapi Alhamdulillah program tersebut telah menjadi titik permulaan untuk kita semua lebih mendekati remaja-remaja perempuan kat PPR tu...rupanya banyak tugas yang perlu kita lakukan terutama dalam memberi kesedaran kepada adik-adik yang memang ketandusan ilmu agama dalam kehidupan meraka...tugas itu terpaksa juga kita lakukan walaupun ianya amat berat...bukan senang nak bawa mereka kepada penghayatan islam yang sebenarnya...tapi at least kita ada usaha ke arah itu walaupun sesetengah pendapat mengatakan kita tak mampu nak ubah mereka...mak mereka pun dye rambut, ayah mereka pula pakai short, pakai rantai, gelang gelang, inikan anak mereka, mestilah lebih teruk...teringat saya kisah burung pipit yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan membawa air di paruhnya secara berulang-alik...apabila burung yang lebih besar berkata bahawa kerja itu adalah sia-sia kerana mana mungkin api yang besar itu mampu terpadam dengan air yang sedikit...namun berkata burung pipit, sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk memadamnya dan hanya itu yang mampu aku lakukan...sesungguhnya Allah tidak bertanya tentang hasil yang kita kecapi tapi bertanya apa usaha yang telah kita lakukan walaupun usaha tersebut gagal mencapai matlamat yang telah kita rancangkan...lagipun iman tidak boleh diwarisi, manala tahu nanti merekalah yang akan menjadi saf pertama yang akan memperjuangan islam...tahniah sahabat-sahabatku....moga ianya akan menjadi salah satu amal kebajikan kita di akhirat kelak...sekalung terima kasih buat pemuda WM yang sanggup meluangkan masa membantu kami dalam meng'handle program ini...walaupun sebagai tenaga import, tapi kami Nisa' merasakan pemudalah yang menjadi penggerak utama dalam program tadi...Nisa' rasanya hanya membantu sahaja walaupun sebenarnya Nisa' telah diamanahkan oleh muslimat untuk melicinkan perjalanan program..mungkin program hari ini melibatkan remaja lelaki juga, menyebabkan pemuda lebih sesuai...dan tidak lupa buat Pak Ya, terima kasih banyak kerana sudi bersusah payah kerana kami...syukran kathitran jazak...
Oh ya, sepatutnya malam ni saya kena pergi ke Sentul Timur kerana ada forum Di ambang Ramadhan anjuran PERKIM Sentul Timur...tapi maybe sebab kak Chik lupa kut nak datang ambil, terpaksalah saya membatalkan perancangan saya malam ni...mungkin hikmahnya saya boleh menulis dalam blog ni...Sebenarnya hari ni saya ada test SPA...semasa saya dapat surat menghadiri peperiksaan dua minggu yang lepas, saya dah berada di dalam keadaan serba salah...pilihan perlu dibuat antara KSS atau test...adakah saya perlu serahkan tugasan pada hari kejadian kepada sahabat lain...atau adakah saya perlu melepaskan peluang buat kali kedua...entahlah, saya selalu mengalami situasi untuk memilih antara dua...bukan sahaja dalam jemaah vs pekerjaan, tapi juga dalam menentukan teman hidup...biasalah, semua kita mahukan terbaik dalam kehidupan...cuma kadang-kadang kita selalu membuat pilihan yang salah...atau saya terlalu memilih...entahlah kadang-kadang saya sendiri tiada jawapannya...tapi apa yang penting, bersedialah dengan hati yang tabah untuk menerima kemungkinan-kemungkinan yang berlaku andai keputusan kita itu bukanlah yang tepat...mintalah bantuan dariNya...sesungguhnya apa yang kita inginkan sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita...redhalah dengan apa yang berlaku...
"....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
al-baqarah : 216
tapi dalam kes saya hari ni saya tidak menyesal pun kerana tidak pergi test...sebenarnya lebih tepat, tiada perasaan...tak pela, moga apa saya lakukan akan dinilai oleh Allah...dan banyak perkara yang saya dapat dr KKS ini...saya menginsafi bahawa masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki...banyak yang perlu saya lakukan dalam hidup ini...Ya Allah, bantulah hambamu ini dan permudahkanlah segala urusanku dan biarlah semuanya yang kulakukan hanyalah untuk mendapat redhaMu semata...amennnn
Sunday, August 17, 2008
DugaanMu Ya Tuhan...
Oleh kerana dah tak jadi ke Perak, saya telah menukar plan dari Perak ke Bangi...mungkin inilah hikmah disebalik kejadian...tapi entah kenapa hati ini begitu sayu bila berseorangan di dalam komuter walaupun sebenarnya di dalam komuter itu sesak dengan pelbagai ragam manusia...entah kenapa hati sedikit tersentuh dengan kehidupan yang dilalui ini...bukan tidak redha dengan ketentuan ilahi, tapi kadangkala sedih selalu bertandang di hati ini...Ya Allah, ampunkan diriku ini andainya ianya boleh membawa kepada dosa padaMu...ya, sememangnya diri lemah untuk menghadapi ujianNya...ku mohon pertolongan dariMu ya Allah agar diberi kekuatan dalam menghadapi segala ujian yang ditaqdirkan keatasku..
"Tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(al-Baqarah : 286)
"Tiada sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan, tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan, hinggalah kepada tusukan duri, melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu".
Ya Allah, Kau campakkanlah perasaan redha dan sabar dihati hambaMu ini....supaya aku tidak mengeluh dan keluh kesah dalam menghadapi mehnahmu... dan jadikanlah ianya sebagai balasan baik di akhirat nanti...sesungguhnya ujian dalam berjuang tak mampu ku tanggung melainkan dengan pertolonganMu....Dan syukur padaMu ya Allah kerana mengurniakanku sahabat-sahabat Raudhatul Nasuha...
Tuhan…
Sungguh berat rasanya dugaan yang Kau bebankan ke atas bahuku ini
rasanya tak mampu aku hadapinya
Namun ya Allah…
bila ku belek sirah perjuangan Ummu Mukminin, Syaidatina Fatimah, para sahabiah dan para muslimat pejuang agamaMu
terasa diri ini begitu kerdil sekali
seumpama langit dan bumi
amat berat sekali mehnah yang Kau tanggungkan kepada mereka
berbanding dengan mehnah yang kau dugakan kepadaku
Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah
terlalu banyak keluhan yang aku keluarkan
seperti tidak meredhai apa yang telah Kau takdirkan
Ya Allah…
aku sedar ya Allah apa yang berlaku kepada diriku adalah yang terbaik untuk diri ini
namun kenapa ya Allah aku selalu mengeluh dengan apa yang terjadi
yang selalu terlahir dari lubuk hati yang tidak puas hati
walaupun tidak melalui kata-kataku
apakah ini dosa
salahkah aku menginginkan kesempurnaan dalam hidup ini
ya Allah jika ini merupakan salah satu dosa padaMu ampunilah aku ya Allah
pimpinlah aku ya Allah
tunjuklah aku jalan yang lurus
ya Allah aku hambaMu yang banyak membuat dosa dan maksiat padaMu
aku hambaMu yang tidak mensyukuri segala nikmatMu yang Kau limpahkan
aku hambaMu yang amat dhoif, amat hina tapi masih berbesar diri
Ya Allah rahmatilah daku dengan kasih sayangMu
janganlah Engkau tinggalkan aku
aku amat mangharapkan kasih sayangMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mengenaliMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mencari redhaMu ya Allah
bantulah aku ya Allah…
kasihanilah aku ya Allah
campakkanlah sedikit kasih sayangMu untuk aku jatuh cinta padamu
kenapalah begitu susah untuk aku merinduiMu ya Allah
Tuesday, August 12, 2008
Siapakah kita
Terlontarnya ke dalam dunia yang penuh ujian ini
mungkin sudah suratan azali
yang tentunya sudah terpahat di Luh Mahfuz
tapi bagaimana kita semua mengenal diri?
cukupkah sekadar berkata :
"kenalilah dirimu maka akan kenallah TuhanMu"
tanpa mengamalkan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang!
Tapi kenalkah kita akan diri sendiri?
jesteru ingin mengenali Tuhan Yang Maha Esa
teruskan menjawab soalan-soalan ini....
Sungguh berat rasanya dugaan yang Kau bebankan ke atas bahuku ini
rasanya tak mampu aku hadapinya
Namun ya Allah…
bila ku belek sirah perjuangan Ummu Mukminin, Syaidatina Fatimah, para sahabiah dan para muslimat pejuang agamaMu
terasa diri ini begitu kerdil sekali
seumpama langit dan bumi
amat berat sekali mehnah yang Kau tanggungkan kepada mereka
berbanding dengan mehnah yang kau dugakan kepadaku
Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah
terlalu banyak keluhan yang aku keluarkan
seperti tidak meredhai apa yang telah Kau takdirkan
Ya Allah…
aku sedar ya Allah apa yang berlaku kepada diriku adalah yang terbaik untuk diri ini
namun kenapa ya Allah aku selalu mengeluh dengan apa yang terjadi
yang selalu terlahir dari lubuk hati yang tidak puas hati
walaupun tidak melalui kata-kataku
apakah ini dosa
salahkah aku menginginkan kesempurnaan dalam hidup ini
ya Allah jika ini merupakan salah satu dosa padaMu ampunilah aku ya Allah
pimpinlah aku ya Allah
tunjuklah aku jalan yang lurus
ya Allah aku hambaMu yang banyak membuat dosa dan maksiat padaMu
aku hambaMu yang tidak mensyukuri segala nikmatMu yang Kau limpahkan
aku hambaMu yang amat dhoif, amat hina tapi masih berbesar diri
Ya Allah rahmatilah daku dengan kasih sayangMu
janganlah Engkau tinggalkan aku
aku amat mangharapkan kasih sayangMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mengenaliMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mencari redhaMu ya Allah
bantulah aku ya Allah…
kasihanilah aku ya Allah
campakkanlah sedikit kasih sayangMu untuk aku jatuh cinta padamu
kenapalah begitu susah untuk aku merinduiMu ya Allah
lima syarat untuk buat maksiat
Wednesday, August 6, 2008
salam perjuangan
Kupinta dariMu Ya Allah, semoga dengannya sedikit sebnyak mampu menyumbangkan kepada perjuangan islam dan dinilai disisiMu sebagai amal baikku...sesungguhnya tiada yang kudambakan dalam hidup ini kecuali redhaMu...aku hanya hambaMu yang faqir yang mengharapkan rahmat kasih sayangMu...