RSS

Saturday, August 23, 2008

Kursus Smart Solat vs SPA Test

Salam Ukhwah Fillah....
Alhamdulillah syukur padaNya petang tadi saya telah selesai program Kursus Smart Solat (KSS) anjuran DMPWM dengan kerjasama Surau Nurul Muttaqin untuk remaja lelaki dan perempuan...program ini saya anggap telah berjaya walaupun sebenarnya banyak kelemahan dan kepincangan yang berlaku dan perlu diperbaiki di masa-masa akan datang...ucapan ribuan terima kasih kepada semua kakak-kakak DMPWM di atas kesudian menghadirkan diri dalam program tadi yang saya percaya dan yakin sebenarnya terlalu banyak kerja-kerja yang perlu di'settle'kan sementelaah hari ni hari minggu...sesungguhnya kehadiran kakak-kakak semua sedikit sebanyak datang membantu untuk melicinkan perjalanan program...dan kepada sahabat-sahabat Nisa' WM, terima kasih kerana sanggup berpenat lelah untuk menjadi fasi...tanpa kalian, mungkin program ini tak mampu untuk diadakan...korang semua memang best...saya begitu terharu dan bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti kalian dalam menjalankan kerja-kerja jemaah ini...sesungguhnya tanpa kalian semua, mungkin nisa' WM akan berkubur tanpa batu nisa'...ketahuila korangla antara penggerak generasi muda di sini sebenarnya...teringat program explorace kita bersama adik-adik PPR...walaupun banyak halangan dan dugaan terpaksa kita tempuhi, tapi Alhamdulillah program tersebut telah menjadi titik permulaan untuk kita semua lebih mendekati remaja-remaja perempuan kat PPR tu...rupanya banyak tugas yang perlu kita lakukan terutama dalam memberi kesedaran kepada adik-adik yang memang ketandusan ilmu agama dalam kehidupan meraka...tugas itu terpaksa juga kita lakukan walaupun ianya amat berat...bukan senang nak bawa mereka kepada penghayatan islam yang sebenarnya...tapi at least kita ada usaha ke arah itu walaupun sesetengah pendapat mengatakan kita tak mampu nak ubah mereka...mak mereka pun dye rambut, ayah mereka pula pakai short, pakai rantai, gelang gelang, inikan anak mereka, mestilah lebih teruk...teringat saya kisah burung pipit yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan membawa air di paruhnya secara berulang-alik...apabila burung yang lebih besar berkata bahawa kerja itu adalah sia-sia kerana mana mungkin api yang besar itu mampu terpadam dengan air yang sedikit...namun berkata burung pipit, sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk memadamnya dan hanya itu yang mampu aku lakukan...sesungguhnya Allah tidak bertanya tentang hasil yang kita kecapi tapi bertanya apa usaha yang telah kita lakukan walaupun usaha tersebut gagal mencapai matlamat yang telah kita rancangkan...lagipun iman tidak boleh diwarisi, manala tahu nanti merekalah yang akan menjadi saf pertama yang akan memperjuangan islam...tahniah sahabat-sahabatku....moga ianya akan menjadi salah satu amal kebajikan kita di akhirat kelak...sekalung terima kasih buat pemuda WM yang sanggup meluangkan masa membantu kami dalam meng'handle program ini...walaupun sebagai tenaga import, tapi kami Nisa' merasakan pemudalah yang menjadi penggerak utama dalam program tadi...Nisa' rasanya hanya membantu sahaja walaupun sebenarnya Nisa' telah diamanahkan oleh muslimat untuk melicinkan perjalanan program..mungkin program hari ini melibatkan remaja lelaki juga, menyebabkan pemuda lebih sesuai...dan tidak lupa buat Pak Ya, terima kasih banyak kerana sudi bersusah payah kerana kami...syukran kathitran jazak...

bergambar kenangan bersama adik-adik peserta expolarace



modul explorace - mengayam ketupat



sebahagian peserta explorace



Oh ya, sepatutnya malam ni saya kena pergi ke Sentul Timur kerana ada forum Di ambang Ramadhan anjuran PERKIM Sentul Timur...tapi maybe sebab kak Chik lupa kut nak datang ambil, terpaksalah saya membatalkan perancangan saya malam ni...mungkin hikmahnya saya boleh menulis dalam blog ni...Sebenarnya hari ni saya ada test SPA...semasa saya dapat surat menghadiri peperiksaan dua minggu yang lepas, saya dah berada di dalam keadaan serba salah...pilihan perlu dibuat antara KSS atau test...adakah saya perlu serahkan tugasan pada hari kejadian kepada sahabat lain...atau adakah saya perlu melepaskan peluang buat kali kedua...entahlah, saya selalu mengalami situasi untuk memilih antara dua...bukan sahaja dalam jemaah vs pekerjaan, tapi juga dalam menentukan teman hidup...biasalah, semua kita mahukan terbaik dalam kehidupan...cuma kadang-kadang kita selalu membuat pilihan yang salah...atau saya terlalu memilih...entahlah kadang-kadang saya sendiri tiada jawapannya...tapi apa yang penting, bersedialah dengan hati yang tabah untuk menerima kemungkinan-kemungkinan yang berlaku andai keputusan kita itu bukanlah yang tepat...mintalah bantuan dariNya...sesungguhnya apa yang kita inginkan sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita...redhalah dengan apa yang berlaku...

"....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
al-baqarah : 216

tapi dalam kes saya hari ni saya tidak menyesal pun kerana tidak pergi test...sebenarnya lebih tepat, tiada perasaan...tak pela, moga apa saya lakukan akan dinilai oleh Allah...dan banyak perkara yang saya dapat dr KKS ini...saya menginsafi bahawa masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki...banyak yang perlu saya lakukan dalam hidup ini...Ya Allah, bantulah hambamu ini dan permudahkanlah segala urusanku dan biarlah semuanya yang kulakukan hanyalah untuk mendapat redhaMu semata...amennnn

0 comments:

About This Blog

"ilahi anta maqsudi waridhaka mathlubi"
Ya Ilahi, Engkaulah tempat matlamat dan tujuanku, dan hanya keredhaanMulah yang sentiasa menjadi cita-citaku