RSS

Tuesday, August 12, 2008

Siapakah kita

Seringkali aku menyoal diri
siapakah kita sebenarnya
mengapa aku harus dilahirkan
dan haruskah begini bentuknya
Acapkali aku menyoal diri
haruskah kita digelar manusia semata-mata manusia!
namun bukan sedikit yang tidak bersifat manusia
dalam alur liku hidup sehari-hari

Terlontarnya ke dalam dunia yang penuh ujian ini
mungkin sudah suratan azali
yang tentunya sudah terpahat di Luh Mahfuz
tapi bagaimana kita semua mengenal diri?
cukupkah sekadar berkata :
"kenalilah dirimu maka akan kenallah TuhanMu"
tanpa mengamalkan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang!

Tapi kenalkah kita akan diri sendiri?
jesteru ingin mengenali Tuhan Yang Maha Esa
teruskan menjawab soalan-soalan ini....
APA MAKNA HIDUP?
UNTUK APA HIDUP INI?
APA ERTI HIDUP?
APA YANG DIHARAPKAN DARI HIDUP?
APAKAH HIDUP INI ADA GUNANYA?
APA TUJUAN HIDUP?
KE MANA SELEPAS HIDUP INI?
DIMANAKAH NOKTAH PERJALANAN HIDUP INI?
soalan-soalan ini perlu kita jawab sendiri-sendiri
dengan bertunjangkan firman dan hadis!

0 comments:

About This Blog

"ilahi anta maqsudi waridhaka mathlubi"
Ya Ilahi, Engkaulah tempat matlamat dan tujuanku, dan hanya keredhaanMulah yang sentiasa menjadi cita-citaku