RSS

Saturday, August 30, 2008

Program Nisa' sempena Simfoni Merdeka, Masjid As-Syakirin, KLCC

Salam Ukhwah Fillah,
Jemputlah datang ke Masjid As-Syakirin, KLCC sempena sambutan kemerdekaan...sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh keinsafan....program ini juga bersempena dengan ketibaan bulan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan, yang ditunggu-tunggu oleh semua insan yang bertaqwa....
"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
al-Baqarah : 183


Nisa' Indoor Games

Nisa' Indoor Games

Saturday, August 23, 2008

Kursus Smart Solat vs SPA Test

Salam Ukhwah Fillah....
Alhamdulillah syukur padaNya petang tadi saya telah selesai program Kursus Smart Solat (KSS) anjuran DMPWM dengan kerjasama Surau Nurul Muttaqin untuk remaja lelaki dan perempuan...program ini saya anggap telah berjaya walaupun sebenarnya banyak kelemahan dan kepincangan yang berlaku dan perlu diperbaiki di masa-masa akan datang...ucapan ribuan terima kasih kepada semua kakak-kakak DMPWM di atas kesudian menghadirkan diri dalam program tadi yang saya percaya dan yakin sebenarnya terlalu banyak kerja-kerja yang perlu di'settle'kan sementelaah hari ni hari minggu...sesungguhnya kehadiran kakak-kakak semua sedikit sebanyak datang membantu untuk melicinkan perjalanan program...dan kepada sahabat-sahabat Nisa' WM, terima kasih kerana sanggup berpenat lelah untuk menjadi fasi...tanpa kalian, mungkin program ini tak mampu untuk diadakan...korang semua memang best...saya begitu terharu dan bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti kalian dalam menjalankan kerja-kerja jemaah ini...sesungguhnya tanpa kalian semua, mungkin nisa' WM akan berkubur tanpa batu nisa'...ketahuila korangla antara penggerak generasi muda di sini sebenarnya...teringat program explorace kita bersama adik-adik PPR...walaupun banyak halangan dan dugaan terpaksa kita tempuhi, tapi Alhamdulillah program tersebut telah menjadi titik permulaan untuk kita semua lebih mendekati remaja-remaja perempuan kat PPR tu...rupanya banyak tugas yang perlu kita lakukan terutama dalam memberi kesedaran kepada adik-adik yang memang ketandusan ilmu agama dalam kehidupan meraka...tugas itu terpaksa juga kita lakukan walaupun ianya amat berat...bukan senang nak bawa mereka kepada penghayatan islam yang sebenarnya...tapi at least kita ada usaha ke arah itu walaupun sesetengah pendapat mengatakan kita tak mampu nak ubah mereka...mak mereka pun dye rambut, ayah mereka pula pakai short, pakai rantai, gelang gelang, inikan anak mereka, mestilah lebih teruk...teringat saya kisah burung pipit yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan membawa air di paruhnya secara berulang-alik...apabila burung yang lebih besar berkata bahawa kerja itu adalah sia-sia kerana mana mungkin api yang besar itu mampu terpadam dengan air yang sedikit...namun berkata burung pipit, sekurang-kurangnya aku ada usaha untuk memadamnya dan hanya itu yang mampu aku lakukan...sesungguhnya Allah tidak bertanya tentang hasil yang kita kecapi tapi bertanya apa usaha yang telah kita lakukan walaupun usaha tersebut gagal mencapai matlamat yang telah kita rancangkan...lagipun iman tidak boleh diwarisi, manala tahu nanti merekalah yang akan menjadi saf pertama yang akan memperjuangan islam...tahniah sahabat-sahabatku....moga ianya akan menjadi salah satu amal kebajikan kita di akhirat kelak...sekalung terima kasih buat pemuda WM yang sanggup meluangkan masa membantu kami dalam meng'handle program ini...walaupun sebagai tenaga import, tapi kami Nisa' merasakan pemudalah yang menjadi penggerak utama dalam program tadi...Nisa' rasanya hanya membantu sahaja walaupun sebenarnya Nisa' telah diamanahkan oleh muslimat untuk melicinkan perjalanan program..mungkin program hari ini melibatkan remaja lelaki juga, menyebabkan pemuda lebih sesuai...dan tidak lupa buat Pak Ya, terima kasih banyak kerana sudi bersusah payah kerana kami...syukran kathitran jazak...

bergambar kenangan bersama adik-adik peserta expolarace



modul explorace - mengayam ketupat



sebahagian peserta explorace



Oh ya, sepatutnya malam ni saya kena pergi ke Sentul Timur kerana ada forum Di ambang Ramadhan anjuran PERKIM Sentul Timur...tapi maybe sebab kak Chik lupa kut nak datang ambil, terpaksalah saya membatalkan perancangan saya malam ni...mungkin hikmahnya saya boleh menulis dalam blog ni...Sebenarnya hari ni saya ada test SPA...semasa saya dapat surat menghadiri peperiksaan dua minggu yang lepas, saya dah berada di dalam keadaan serba salah...pilihan perlu dibuat antara KSS atau test...adakah saya perlu serahkan tugasan pada hari kejadian kepada sahabat lain...atau adakah saya perlu melepaskan peluang buat kali kedua...entahlah, saya selalu mengalami situasi untuk memilih antara dua...bukan sahaja dalam jemaah vs pekerjaan, tapi juga dalam menentukan teman hidup...biasalah, semua kita mahukan terbaik dalam kehidupan...cuma kadang-kadang kita selalu membuat pilihan yang salah...atau saya terlalu memilih...entahlah kadang-kadang saya sendiri tiada jawapannya...tapi apa yang penting, bersedialah dengan hati yang tabah untuk menerima kemungkinan-kemungkinan yang berlaku andai keputusan kita itu bukanlah yang tepat...mintalah bantuan dariNya...sesungguhnya apa yang kita inginkan sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita...redhalah dengan apa yang berlaku...

"....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
al-baqarah : 216

tapi dalam kes saya hari ni saya tidak menyesal pun kerana tidak pergi test...sebenarnya lebih tepat, tiada perasaan...tak pela, moga apa saya lakukan akan dinilai oleh Allah...dan banyak perkara yang saya dapat dr KKS ini...saya menginsafi bahawa masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki...banyak yang perlu saya lakukan dalam hidup ini...Ya Allah, bantulah hambamu ini dan permudahkanlah segala urusanku dan biarlah semuanya yang kulakukan hanyalah untuk mendapat redhaMu semata...amennnn

Sunday, August 17, 2008

DugaanMu Ya Tuhan...

Hari ini merupakan hari penutup bagi muktamar yang diadakan di Perak...kalau ikutkan perancangan saya dan teman, sepatutnya semalam saya berada di Perak untuk mengikuti sessi perbahasan usul...namun sememangnya perancangan kita tak mampu untuk mengatasi perancangan dariNya...kita selalu mendengar 'Kita merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik'...hati yang penuh dengan kelalaian ini tersentak sejenak..ya, sememangnya saya hanya mampu merancang, berusaha, berdoa seterusnya bertawakal padaNya...dalam hidup ini, bukan semua yang dirancangkan mahupun apa yang diinginkan akan diperolehi...hidup ini penuh dengan dugaan dan liku-liku berduri yang suka atau tidak terpaksa juga kita laluinya...

Oleh kerana dah tak jadi ke Perak, saya telah menukar plan dari Perak ke Bangi...mungkin inilah hikmah disebalik kejadian...tapi entah kenapa hati ini begitu sayu bila berseorangan di dalam komuter walaupun sebenarnya di dalam komuter itu sesak dengan pelbagai ragam manusia...entah kenapa hati sedikit tersentuh dengan kehidupan yang dilalui ini...bukan tidak redha dengan ketentuan ilahi, tapi kadangkala sedih selalu bertandang di hati ini...Ya Allah, ampunkan diriku ini andainya ianya boleh membawa kepada dosa padaMu...ya, sememangnya diri lemah untuk menghadapi ujianNya...ku mohon pertolongan dariMu ya Allah agar diberi kekuatan dalam menghadapi segala ujian yang ditaqdirkan keatasku..

"Tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

(al-Baqarah : 286)

"Tiada sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan, tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan, hinggalah kepada tusukan duri, melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu".

Ya Allah, Kau campakkanlah perasaan redha dan sabar dihati hambaMu ini....supaya aku tidak mengeluh dan keluh kesah dalam menghadapi mehnahmu... dan jadikanlah ianya sebagai balasan baik di akhirat nanti...sesungguhnya ujian dalam berjuang tak mampu ku tanggung melainkan dengan pertolonganMu....Dan syukur padaMu ya Allah kerana mengurniakanku sahabat-sahabat Raudhatul Nasuha...

Tuhan…
Sungguh berat rasanya dugaan yang Kau bebankan ke atas bahuku ini
rasanya tak mampu aku hadapinya
Namun ya Allah…
bila ku belek sirah perjuangan Ummu Mukminin, Syaidatina Fatimah, para sahabiah dan para muslimat pejuang agamaMu
terasa diri ini begitu kerdil sekali
seumpama langit dan bumi
amat berat sekali mehnah yang Kau tanggungkan kepada mereka
berbanding dengan mehnah yang kau dugakan kepadaku
Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah
terlalu banyak keluhan yang aku keluarkan
seperti tidak meredhai apa yang telah Kau takdirkan
Ya Allah…
aku sedar ya Allah apa yang berlaku kepada diriku adalah yang terbaik untuk diri ini
namun kenapa ya Allah aku selalu mengeluh dengan apa yang terjadi
yang selalu terlahir dari lubuk hati yang tidak puas hati
walaupun tidak melalui kata-kataku
apakah ini dosa
salahkah aku menginginkan kesempurnaan dalam hidup ini
ya Allah jika ini merupakan salah satu dosa padaMu ampunilah aku ya Allah
pimpinlah aku ya Allah
tunjuklah aku jalan yang lurus
ya Allah aku hambaMu yang banyak membuat dosa dan maksiat padaMu
aku hambaMu yang tidak mensyukuri segala nikmatMu yang Kau limpahkan
aku hambaMu yang amat dhoif, amat hina tapi masih berbesar diri
Ya Allah rahmatilah daku dengan kasih sayangMu
janganlah Engkau tinggalkan aku
aku amat mangharapkan kasih sayangMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mengenaliMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mencari redhaMu ya Allah
bantulah aku ya Allah…
kasihanilah aku ya Allah
campakkanlah sedikit kasih sayangMu untuk aku jatuh cinta padamu
kenapalah begitu susah untuk aku merinduiMu ya Allah

Tuesday, August 12, 2008

Siapakah kita

Seringkali aku menyoal diri
siapakah kita sebenarnya
mengapa aku harus dilahirkan
dan haruskah begini bentuknya
Acapkali aku menyoal diri
haruskah kita digelar manusia semata-mata manusia!
namun bukan sedikit yang tidak bersifat manusia
dalam alur liku hidup sehari-hari

Terlontarnya ke dalam dunia yang penuh ujian ini
mungkin sudah suratan azali
yang tentunya sudah terpahat di Luh Mahfuz
tapi bagaimana kita semua mengenal diri?
cukupkah sekadar berkata :
"kenalilah dirimu maka akan kenallah TuhanMu"
tanpa mengamalkan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang!

Tapi kenalkah kita akan diri sendiri?
jesteru ingin mengenali Tuhan Yang Maha Esa
teruskan menjawab soalan-soalan ini....
APA MAKNA HIDUP?
UNTUK APA HIDUP INI?
APA ERTI HIDUP?
APA YANG DIHARAPKAN DARI HIDUP?
APAKAH HIDUP INI ADA GUNANYA?
APA TUJUAN HIDUP?
KE MANA SELEPAS HIDUP INI?
DIMANAKAH NOKTAH PERJALANAN HIDUP INI?
soalan-soalan ini perlu kita jawab sendiri-sendiri
dengan bertunjangkan firman dan hadis!
Tuhan…
Sungguh berat rasanya dugaan yang Kau bebankan ke atas bahuku ini
rasanya tak mampu aku hadapinya
Namun ya Allah…
bila ku belek sirah perjuangan Ummu Mukminin, Syaidatina Fatimah, para sahabiah dan para muslimat pejuang agamaMu
terasa diri ini begitu kerdil sekali
seumpama langit dan bumi
amat berat sekali mehnah yang Kau tanggungkan kepada mereka
berbanding dengan mehnah yang kau dugakan kepadaku
Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah
terlalu banyak keluhan yang aku keluarkan
seperti tidak meredhai apa yang telah Kau takdirkan


Ya Allah…
aku sedar ya Allah apa yang berlaku kepada diriku adalah yang terbaik untuk diri ini
namun kenapa ya Allah aku selalu mengeluh dengan apa yang terjadi
yang selalu terlahir dari lubuk hati yang tidak puas hati
walaupun tidak melalui kata-kataku
apakah ini dosa
salahkah aku menginginkan kesempurnaan dalam hidup ini
ya Allah jika ini merupakan salah satu dosa padaMu ampunilah aku ya Allah
pimpinlah aku ya Allah
tunjuklah aku jalan yang lurus
ya Allah aku hambaMu yang banyak membuat dosa dan maksiat padaMu
aku hambaMu yang tidak mensyukuri segala nikmatMu yang Kau limpahkan
aku hambaMu yang amat dhoif, amat hina tapi masih berbesar diri
Ya Allah rahmatilah daku dengan kasih sayangMu
janganlah Engkau tinggalkan aku
aku amat mangharapkan kasih sayangMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mengenaliMu ya Allah
bantulah aku ya Allah untuk mencari redhaMu ya Allah
bantulah aku ya Allah…
kasihanilah aku ya Allah
campakkanlah sedikit kasih sayangMu untuk aku jatuh cinta padamu
kenapalah begitu susah untuk aku merinduiMu ya Allah

lima syarat untuk buat maksiat

Kisah yang insyaAllah mampu menjadi muhasabah buat kita semua...
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau kamu mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Wednesday, August 6, 2008

salam perjuangan

Assalamualaikum....Alhamdulillah, syukur ku sembahkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah rahmat kasih sayangNya, mampu ku usahakan blog ini...sudah lama rasanya hasrat ini terpadam dek kerana kengkangan yang pelbagai, tp hari ini aku mendapat sedikit kekuatan utk menciptanya dan sudah tentu byk kelemahannya.
Kupinta dariMu Ya Allah, semoga dengannya sedikit sebnyak mampu menyumbangkan kepada perjuangan islam dan dinilai disisiMu sebagai amal baikku...sesungguhnya tiada yang kudambakan dalam hidup ini kecuali redhaMu...aku hanya hambaMu yang faqir yang mengharapkan rahmat kasih sayangMu...

About This Blog

"ilahi anta maqsudi waridhaka mathlubi"
Ya Ilahi, Engkaulah tempat matlamat dan tujuanku, dan hanya keredhaanMulah yang sentiasa menjadi cita-citaku